Monday, 25 April 2011

RAPUH

                                   

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dadaku harap hanya
diri-Mu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu

menanti yang sempurna

aku tulis entri ni sebab aku konfius dan tertanya2 sampai skang..apa yang lelaki nak dari seorang perempuan ye??dan apa yang perempuan nak dari lelaki sbnarnya??kalau nak cakap pasal laki & perempuan ni memang xkan abes nye...ahhaha...masing2 nak menangkan pihak masing2..macam aku la gak..aku kan perempuan, so, opkosss la aku menangkan perempuan..hua3..yeahhh!!idop perempuan!!;p **saje je..


ok2..kita kembali pada benda yg aku nk tulis..ermm..sesetengah orang xkira la laki or pompuan, kadang2 mereka mengharapkan pasangan yg betol2 perfect or dalam bahasa Melayu nye SEMPURNA..orang cakap susah nak jumpa pasangan yang betol2 sempurna..dat's why la kita kena redha n terima kekurangan pasangan kita.mana la tahu suatu hari nanti, kesempurnaan itu akan menjelma jua..hikhikhik


aku??memang la aku nak lelaki yg sempurna..tapi bagi aku, sempurna xsemestinya memiliki segalanyaa..cukup la dia menjadi dirinya sendiri..**statement paling poyo


tapi kan kalau fikir2, sesetengah orang die cari lelaki yg ensem or perempuan yg cantekkkk..ohhh nooo!!kesian la lelaki2 yg xbrape nak ensem n perempuan2 yg xbrape nak lawa tu..ehhehe..bak kata kumpulan jambu lam maharaja lawak "ohh kemonnnn lahhhh"...hakhakhak


ade gak yang pandang pada harta..contohnye macam cerita IBU MERTUAKU..hahaha..alahaiii kasimmm..maafkan mak kasim..hauhauha..lawak dowhh!!tapi citer 2 mmg memberi pengajaran!!kikiiki~~


so, kesimpulan dari entri yang merapu ni, terima la pasangan kita seadanya..(^________^)


p/s : jangan jadi cam lam gambar ni...



Tuesday, 19 April 2011

nota P.I.S

SEKITAR TEORI PEMIKIRAN
TAKRIF PEMIKIRAN
Ø Suatu aliran berfikir yg dibentuk oleh manusia @ kumpulan di dlm memberi makna & pengertian berhubung pelbagai persoalan kehidupan.
Ø Sebuah perspektif atau tanggapan manusia tentang pelbagai persoalan di dalam kehidupan.

TAKRIF PEMIKIRAN ISLAM
Ø Muhammad al-Bahi:
Suatu usaha akliah bersungguh-sungguh dari ulamak silam untuk menghurai, menerang dan menjelaskan Islam berdasarkan sumber al-Quran dan al-Sunnah.
Ø Muhamad Kamil:
Gagasan, idea dan fikiran dari perspektif Islam sebagai respons intelektual kepada persoalan Tuhan, manusia, alam, kehidupan, kematian dan kewujudan seluruhnya yang timbul daripada pertembungan Islam dengan kebudayaan dan peradaban asing atau respon terhadap masalah dalaman umat Islam. 
Ø Hassan Abdullah Hassan: 
Kegiatan akliah yang berteraskan kaedah Islam dalam pergerakan, perlaksanaan, penghasilan dan penilaian akliah tersebut, seterusnya menjadi kerangka pegangan untuk membentuk tasawur asasi berkaitan Allah, Insan dan Alam.

TAKRIF PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
p/s : sape yg taw tolong gtaw..huhuuu..konpius!!
SUMBER PEMIKIRAN ISLAM
Ø Al-Quran & al-Sunnah
Ø Amalan khulafa’ al-rashidin
Ø Kata-kata sahabat (qaul al-sahabah)
Ø Ijtihad para mujtahid
Ø Sejarah dan warisan peradaban manusia
Ø Pengajaran & pengalaman yg dtg dari akal yg sihat
CIRI-CIRI PEMIKIRAN ISLAM
Ø Pandangan para pemikir, cendekiawan dan sarjana hendaklah bertepatan dengan al-Quran dan al-Hadith
Ø Tema pemikiran Islam ialah Tuhan dan ketuhanan, manusia dan kehidupan serta kematian dan alam serta kewujudan keseluruhannya.
Ø Pemikiran Islam hendaklah selari dengan ciri-ciri Islam. Antaranya ialah ketuhanan (rabbaniyyah), kemanusiaan (insaniyyah), syumul (syumuliyyah), sederhana (wasatiyyah), al-murunah

SEJARAH PEMIKIRAN
Ø ZAMAN KLASIK
·        zaman klasik merupakan zaman pembangunan & kemajuan yang dpt dikategorikan kpd 2 fasa.
1)       fasa penyebaran, pengintegrasian dan kegemilangan.
-          Berlakunya pembukaan wilayah-wilayah Islam ke Afrika Utara, Andalus, Iran dan India. Bermula dari pusat pemerintahan di Madinah, ke Damsyik dan Baghdad.
-          Dlm bidang ilmu pengetahuan turut berkembang sama ilmu-ilmu agama dan bukan agama.
-          Lahirnya tokoh-tokoh dan ulama besar seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ibn Hanbal, Imam Ash’ari, al-Bistami, al-Kindi, al-Khawarizmi
2)       Fasa 2 : era perpecahan dan perbalahan
-          Kedudukan & penguasaan politik mulai longgar
-          Pengaruh & kestabilan Khalifah menurun
-          Khalifah dan Amirul al-Mukminin yang menjadi lambang kekuasaan dan kekuatan politik negara Islam hancur.
Ø ZAMAN PERTENGAHAN
·        wujud perbezaan antara zaman pertengahan Islam & Barat, di mana zaman-zaman di Barat di bahagikan kpd zaman gelap, zaman kebangkitan, zaman pengcahayaan dan zamn moden. Zaman ini juga wujud 2 fasa iaitu :
1)       fasa kemunduran dan keterbelakangan
-          pemusatan dunia Islam tidak lagi wujud dan perpecahan makin bertambah
-          perbezaan antara Sunni dan Syiah, Arab dan Parsi begitu ketara
-          meluas sikap jumud dan taklid dlm masyarakat dan membawa kpd suburnya pendirian bhw pintu ijtihad sudah tertutup
2)       fasa 3 kerajaan besar berasingan (duwaylaat) iatu kerajaan Uthmaniah Turki, kerajaan Safavid di Parsi dan kerajaan Moghul di India
-          kekuatan ketenteraan dan politik umat Islam secara umumnya merosot teruk dgn jatuhnya  kerajan-kerajaan ini.
Ø ZAMAN MODEN
·        wujud semangat dan aspirasi kebangkitan semula Islam.
·        Kemunculan beberapa orang tokoh Muslim yg membuat feformasi dan modenisasi ( tajdid & islah) seperti Ahmad Khan, Muhammad Iqbal, Abduh

FAKTOR KELAHIRAN PEMIKIRAN ISLAM SEMASA
Ø Berlakunya perselisihan pandangan, pendapat dan pemikiran.
Ø Asabiyyah kaum (Arab dan lain-lainnya).
Ø Perselisihan tentang pemilihan kepimpinan @ khalifah.
Ø Percampuran masyarakat Muslim dengan ahli-ahli agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi.
Ø Terbukanya perbincangan dalam banyak hal dan masalah yang tidak jelas.
Ø Pentafsiran, takwilan dan pemahaman terhadap ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Quran.

FAKTOR KELEMAHAN PEMIKIRAN ISLAM
Ø Pemikiran Islam secara perlahan-lahan dan lama-kelamaan makin terpisah dari prinsip-prinsip agama (usul al-din) atau tercabut dari prinsip-prinsip agama (al-usul al-syar’iyyah)
Ø Pemikiran Islam terpisah dari ilmu pengetahuan rasional dan moden (al-ma’arif al-‘aqliyyah)
Ø Pemikiran islam tidak menyesuaikan diri dengan reality kehidupan manusia semasa dan hanya menjadi pemikiran dan teori semata-mata, sukar diterjemahkan dalam kehidupan praktikal.


ALIRAN-ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

ALIRAN TRADISIONALISME
Ø Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia perkataan tradisi merujuk kpd segala sesuatu seperti adat, kepercayaan, kebiasaan, ajaran dan sebagainya yang turun-temurun dari nenek moyang
Ø Dlm Bahasa Arab tradisi biasanya diertikan dgn al-Sunnah iaitu bererti jalan, tabiat, peri-kehidupan.
Ø Tradisional: Mementingkan tradisi yang diterima dari generasi sebelumnya sebagai pegangan hidup: sosial, politik,budaya, moral dan agama
Ø Tradisionalis berkeinginan untuk mengembalikan ‘ideal’ Islam secara total dgn mempraktikkan semula amalan-amalan masyarakat Islam awal atau Salaf iaitu pd zaman Rasulullah s.a.w. yg bercirikan pelaksanaan syariah Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ø Fahaman tradisionalisme menganggap Islam telah lengkap dan sempurna, jd sebarang usaha utk mentafsir & memperbaharui kefahaman adlh tidak perlu. Apa yg perlu dilakukan oleh umat Islam skrg hanyalah melaksanakan perkara yang telah diijtihad & diputuskan oleh ulama Abad Pertengahan dahulu
Ø  Berpegang dengan al-Quran dan al-Hadis tetapi dalam masa yang sama dikenal sebagai aliran yang amat berpegang kuat dengan fatwa dan  pendapat ulama mazhab.
Ø Beranggapan pendapat mazhab dan fatwa sudah memadai bagi menghayati kesempurnaan agama.
Ø Beberapa bidang pegangan:
a. Ilmu Kalam
- Berpegang dengan pandangan Abu Hassan al-Asshaari dan berpandu kepada beberapa tatacara kefahaman aqidah seperti model “ Sifat Dua Puluh”.
b. Ilmu Fekah
- Berpegang kepada fatwa dan pendapat ulama mazhab –tokoh mujtahid awal seperti Imam Hanafi, Imam Malik bin Anas, Imam Shafie, Imam Ahmad Ibnu Hambal.
- Kematian tokoh-tokoh ini membawa kepada kemunculan taqlid dan fanatik terhadap pandangan mereka dari kalangan  masyarakat.
- Perbahasan ilmu di era taqlid banyak bersifat pengulangan dan hilang kualiti pembaharuan.
- Umat Islam banyak merujuk kepada pendapat dan pandangan ulamak mazhab di dalam segala urusan kehidupan di zaman baru.

 c. Ilmu Tasauf
-          Mengganggap pengangan dan beramal dengan  amalan tasauf menerusi tareqat tertentu penting.
-          Tareqat : Organisasi kerohanian yang dipimpin oleh seorang ketua menerusi pendekatan dan cara ibadah yang tersendiri dari aspek akhlak, amalan ibadah, konsep ketuhanan.
-          Tareqat terkenal: Qadariyah, Rifa’yah, Naqsyabandiyah, Christiyah.
Ø Ciri-ciri Tradisionalisme
1)       Tidak dpt membezakan antara perkara yg bersifat ajaran pokok dan bukan ajaran agama
2)       Berorientasi ke belakang atau memandang kpd zaman lampau.
3)       Kecenderungan mengutamakan perasaan dari akal fikiran
4)       Kurang menghargai ilmu pengetahuan dan teknologi moden
5)       Jumud dan statik

ALIRAN MODENISME
Ø Berasal dari perkataan moden -merujuk kepada era moden yang didiami masyarakat manusia hari ini.
Ø Modernisme ialah aliran berfikir yang menekankan aspek pembaharuan dari unsur yang bersifat klasik, tradisional atau konservatisme.
Ø Moden: Tradisi bukan suatu yang mutlak. Kebenaran diukur oleh  sains. Akal sumber utama kebenaran. Menekankan elemen rasional dan experimen di dalam pengkajian.
Ø Modernisme sebagai aliran berfikir terjelma di dalam sistem, nilai, budaya dan pemikiran di dalam persekitaran hari ini.  
Ø Antara tokoh-tokoh utama & berpengaruh dlm gerakan modenisme Islam ialah :
1)       Sayyid Ahmad Khan
2)       Ameer Ali
3)       Muhammad Iqbal
4)       Muhammad Abduh
5)       Jamal al-Din al-Afghani
Ø Ciri-ciri umum Modenisme Islam
1)       Kemudahan kepercayaan
2)       Sistem alam bergerak atas Sunnatullah
3)       Kritikan terhadap sufisme
4)       Reaksi menentang taklid
5)       Akal dan keterbatasannya

Ø Metode dan Ideologi Modenisme Islam
1)       Modenisme Islam menegaskan keperluan meng’hidup’kan masyarakat Islam menerusi proses pentafsiran semula warisan Islam dalam konteks dunia semasa
2)       Menggalakkan untuk mencari objektif pengajaran (substance) al-Quran dari hanya berpegang kpd makna literal al-Quran itu
3)       Membuka kembali persoalan hubungan antara iman dan akal 
4)       Menolak autoriti mazhab Abad Pertengahan
5)       Membuka ruang kpd hubungan atau rantaian positif antara pemikiran di dalam al-Quran & pemikiran moden pd tahap tertentu

ALIRAN SEKULARISME
Ø Definisi bahasa:  Di sini dan masa ini (now and here).
Ø Menunjukkan kehidupan dunia yang kita nampak dan dirasakan oleh pancaindera dengan menafikan wujudnya kehidupan akhirat atau alam ghaib.
Ø Menyeru penolakan agama dalam urusan berkaitan keduniaan.
Ø Agama dibataskan kepada urusan individu dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME
Ø Lahir di Barat
Ø Satu bentuk tindakbalas terhadap corak pemerintahan institusi agama Kristian/gereja yang bersifat teokratik dan kukubesi.
Ø Gereja monopoli kebenaran mutlak dalam urusan agama dan intelektual.
Ø Masyarakat terkongkong dan tertekan.
Ø Cerdik pandai ditindas kerana sering menyalahi pandangan gereja dalam ilmu.
Ø Galiloe (1564-1642 M) dihukum kerana mengeluarkan teori bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya.
Ø Pemberontakan golongan cerdik pandai/ahli falsafah telah menumbangkan institusi gereja.
Ø Agama Kristian terpinggir dan bermula kebangkitan autoriti akal dan dominasi faham sekularisme.





ALIRAN LIBERALISME
Ø Liberalisme Islam adalah satu fahaman yg secara relatifnya baru berbanding dengan aliran-aliran lainnya. Ia dikatakan muncul secara khususnya sebagai suatu reaksi dan tindak balas kpd fenomena di alaf baru.
Ø Skop besar fokus liberal Islam ialah :
1)       Politik
2)       Toleransi beragama
3)       Emansipasi wanita
4)       Kebebasan berekspresi
Ø Konsep dan Ciri Islam Liberal
1)       Pemerintahan liberal merupakan produk kpd proses yg terus menerus hasil wacana rasional
2)       Wacana rasional adalah mungkin bg mereka yg tidak memiliki kultur atau kesedaran bersama
3)       Wacana rasional dapat menghasilkan pemahaman sebenar, konsensus kultural, dan persetujuan dlm hal-hal yg tertentu
 



p/s : salam..utk kwn2, ecah harap nota ni sedikit sebanyak dpt tolong.hanya ni je yg termampu ecah buat.sape2 nk tambah isi or komen pape bley je.(^_-).klu xphm nanti kte discuss same2 k…gudluck!!!
Bab tokoh xsempat nk buat.baca lam nota spin je..=)

Tuesday, 5 April 2011

A LETTER from mom & dad

My Child,
When I get old, I hope you understand and have patience with me.
In case I break a plate, or spill soup on the table because I'm loosing my eyesight, I hope you dont't yell at me.
Older people are sensitive...always having selpity when you yell.
When my hearing gets worse and i cant hear what you're saying, I hope you don't call me "DEAF!". please repeat what you said or write it down.


I'm sorry, my Child.
I'm getting older.
When my knees get weaker, I hope you have the patience to help me get up.
Like how I used to help you while you were little, learning how to walk.
Please bear with me.


When I keep repeating my self like a broken record, I hope you just keep listening to me.
Please don't make fun of me, or get sick of listening to me.
Do you remember when you were little and you wanted a balloon?
You repeated yourself over and over until you got what you wanted.


Please also pardon my smell.
I smell like an old person, please don't force me to shower, my body is weak.
Old people get sick easily when they're cold. I hope I don't gross you out.
Do you remember when you were little?
I used to chase you around because you didn't want to shower. I hope you can be patient with me when I'm always cranky.


It's all part of getting old. You'll understand when you're older.
And if you have spare time, I hope we can talk even for a few minutes.
I'm always all by my self all the time and have no one to talk to...I know you're busy with work.
Even if you're not interested in my stories, please have time for me.
Do you remember when you were little?
I used to listen to your stories about your teddy bear.


When the times comes and I get ill ang bedridden, I hope you have patience to take care of me.
I'M SORRY...
If I accidentally wet the bed or make a mess...
I hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life.
I'm not going to last much longer, anyway.
When the time of my death comes, I hope you hold my hand ang give me the strength to face death.
And don't worry..
When I finally meet our Creator...
I will whisper in his ear to BLESS you..
because you loved your MOM and DAD..
Thank you so much for your care.
WE LOVE YOU.


                                                                                                                                                 with much love,
                                                                                                                           Mom and Dad




    
**petikan diambil dari youtube
        

Friday, 1 April 2011


JADUAL EXAM SEM 2 SESI 2010/2011

aku adalah manusia

aku adalah manusia ...
yang diciptakan dari tanah
yang ditaklifkan sebagai hamba di atas muka bumi

aku adalah manusia ...
yang punya hati tapi bukan untuk disakiti
yang punya perasaan tapi bukan untuk dipermainkan

aku adalah manusia ...
yang punya mata tapi bukan untuk dibutakan
yang punya telinga tapi bukan untuk dipekakkan

aku adalah manusia ...
yang sentiasa lemah
yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Mu
yang sentiasa memerlukan-Mu dalam menjalani liku-liku hidup

tanpa-Mu ya ALLAH...
aku akan rebah di jalan ini
aku akan jatuh tersungkur untuk menuju kepada-Mu
aku akan keliru di persimpangan jalan