Friday, 25 March 2011

macam2 ada ...

hidup umpama RODA
kadang2 kita di atas...
dan kadang2 kita di bawah...



lumrah hari ini
manusia cukup gah !!
terlalu angkuh sehingga lupa diri
berada di atas tanpa sedikitpun memandang kebawah
dan apabila berada dibawah...
manusia sering menyalahkan takdir
melawan ketentuan Allah
sehingga sanggup mengingkari apa yang diperintahkan Allah!!

hanya segelintir sahaja yang bersyukur ~~

hidup umpama AISKRIM
nikmatilah ia sebelum cair...

lumrah hari ini
manusia beranggapan..nikmatilah hidup ini sebelum ia berakhir
manusia beranggapan..Allah Maha Pengampun, lantas mereka terus-terusan melakukan dosa, maksiat dan mengingkari apa yang telah ditetapkan kepadanya...


hidup umpama AIR
ada pasangnya, dan ada surutnya
begitulah dengan kehidupan manusia...



adakalanya kita akan merasa senang
dan adakalanya kita akan merasa susah
adakalanya kita berasa bahagia
dan adakalanya kita berasa musnah
adakalanya kita gembira
dan adakalanya kita bersedih

TAPI...
apa yang pasti..
hidup ini perlu diteruskan
walaupun cabaran, dugaan, halangan dan mehnah sentiasa menanti kita
kerna kita semua tahu..
dunia ini adalah persinggahan sementara.....

No comments:

Post a Comment